Larian Transformasi

Larian Transformasi

Event Date:

12/05/2024

Event Time:

7:00 am

Event Location:

Bandar Seri Begawan

PENDAHULUAN :

Larian Transfomasi akan diungkayahkan bersama gabungan 4 Jabatan di bawah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri iaitu Jabatan Penjara, Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan, Jabatan Buruh dan Jabatan Daerah Temburong.

Larian Transfomasi ini diadakan Sempena Sambutan Memperingati Hari Ulang Tahun Penukaran Nama Bandar Brunei kepada Bandar Seri Begawan kali-53 Tahun 2023 dan juga Sempena Memperingati Hari Pernubuhan Jabatan Penjara kali Ke 69 Tahun 2023.

 

TARIKH, MASA DAN TEMPAT ACARA:

  • Tarikh :  Hari Ahad, 10 Mac 2024M bersamaan 09 Rejab 1445H,
  • Masa        :  06.00 pagi.
  • Tempat :   Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien

 

DIBUKAKAN KEPADA DUA KATEGORI SEPERTI BERIKUT;

KATEGORI YANG DIPERTANDINGKAN:

  • 10 Kilometer Terbuka Lelaki
  • 10 Kilometer Terbuka Wanita
  • 5 Kilometer Veteran Lelaki (umur 50 tahun keatas – lahir tahun 1973)
  • 5 Kilometer Veteran Wanita (umur 45 tahun keatas – lahir tahun 1978)

KATEGORI YANG TIDAK DIPERTANDINGKAN:

  • Fun Run sejauh 2.5 kilometer

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

  • Dibukakan kepada penyertaan orang awam termasuk pegawai dan kakitangan di bawah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan swasta mengikut kategori umur.
  • Bagi kategori Fun Run (sebagai acara sampingan) adalah dibukakan kepada penyertaan orang ramai dan ahli-ahli jawatankuasa kerja. Disamping itu, V.I.P dan jemputan khas serta pihak-pihak swasta juga akan dijemput dalam kategori ini.
  • Setiap peserta hanya dibenarkan menyertai satu (1) kategori sahaja.
  • Peserta yang berumur 17 Tahun ke bawah hendaklah mendapat kebenaran daripada Ibubapa / Penjaga.

PENDAFTARAN DAN PEMBAYARAN

Tarikh pendaftaran dan pembayaran bermula pada 4 Disember 2023 (Jumaat) sehingga 31 Disember 2023 (Ahad).

Pendaftaran akan dibukakan dengan mengisi Borang Dalam Talian (Google Form) ATAU melalui secara dalam talian (Online) dengan melayari Bruticket.com.

Tambahan $2.00 bagi peserta yang menginginkan baju lengan panjang.

Sebarang pertanyaan sila hubungi nombor talian +673 8760754, +673 7125731, +673 7179900

 

 

HADIAH KEMENANGAN

Bagi kategori 10 Km Lelaki Terbuka dan 10 Km Wanita Terbuka

Tiga hadiah akan diberikan dalam kategori ini. Hadiah-hadiah yang diperuntukkan adalah seperti berikut:

Tempat Pertama         –             Wang Tunai $300.00, Pingat dan Sijil Penyertaan

Tempat Kedua              –             Wang Tunai $200.00, Pingat dan Sijil Penyertaan

Tempat Ketiga              _             Wang Tunai $100.00, Pingat dan Sijil Penyertaan

Bagi kategori 5 Km Veteran Lelaki dan 5 Km Veteran Wanita

Tiga hadiah akan diberikan dalam kategori ini. Hadiah-hadiah yang diperuntukkan adalah seperti berikut:

Tempat Pertama         –             Wang Tunai $200.00, Pingat dan Sijil Penyertaan

Tempat Kedua              –             Wang Tunai $150.00, Pingat dan Sijil Penyertaan

Tempat Ketiga              _             Wang Tunai $100.00, Pingat dan Sijil Penyertaan

 

KATEGORI PERTANDINGAN

KOD KATEGORI JARAK LARIAN YURAN PENYERTAAN PEK PERLUMBAAN HADIAH
A Terbuka Lelaki 10 KM $35.00 Bib +

T-shirt +

Medal + Sijil Penyertaan

Tempat Pertama -$300,

Tempat Kedua $200

Tempat Ketiga -$100

B Terbuka Wanita 10 KM $35.00 Bib +

T-shirt +

Medal + Sijil Penyertaan

Tempat Pertama -$300,

Tempat Kedua $200

Tempat Ketiga -$100

C Veteran Lelaki

(50 tahun ke atas)

 

5 KM $30.00 Bib +

T-shirt +

Medal + Sijil Penyertaan

Tempat Pertama -$200.00

Tempat Kedua $150.00

Tempat Ketiga -$100.00

D Veteran Wanita

(45 tahun ke atas)

 

5 KM $30.00 Bib +

T-shirt +

Medal + Sijil Penyertaan

Tempat Pertama -$200.00

Tempat Kedua $150.00

Tempat Ketiga -$100.00

E  

Fun Run (Lelaki dan Wanita

 

2.5 KM $28.00 Bib +

T-shirt +

Medal + Sijil Penyertaan

 

 

 

PEMBAHAGIAN BAJU DAN NOM. BIB

Baju Tee dan Nom.BIB akan di ambil pada tarikh-tarikh seperti berikut:-

TARIKH / HARI TEMPAT MENGAMBIL WAKTU MENGAMBIL
17 Januari 2024/Rabu

18 Januari 2024 / Khamis,

20 Januari 2024 / Sabtu

 

Jabatan Bandaran

Bandar Seri Begawan

 

08.30 pagi – 12.00 tengahari Dan

2.00 petang – 04.00 petang

 

Bagi peserta yang tidak mengambil baju larian mereka dalam masa 2 minggu selepas acara diadakan akan menjadi hak milik penganjur.

PERATURAN AM

Setiap peserta adalah dimestikan memakai Nombor BIB yang disediakan oleh Pihak Penganjur. Peserta hendaklah memakai Nombor BIB dengan cara pemakaian yang betul iaitu ATAS PUSAT HADAPAN BADAN.

Perkara-perkara berbangkit yang tidak terkandung di dalam syarat dan peraturan larian ini akan dirujuk kepada Persekutuan Olahraga Brunei Darussalam (BDAF) dan World Athletics Rules & Regulation 2022/2023. Segala Keputusan yang dibuat adalah SAH dan MUKTAMAD.

Setiap bantahan hendaklah secara bertulis dan disertakan dengan wang tunai BND$200.00 dengan mengisikan borang yang disediakan. Jika bantahan berjaya, wang cagaran akan dikembalikan. Jika gagal, wang cagaran akan menjadi hak milik Pihak Penganjur dan sebarang bantahan mestilah dibuat oleh peserta itu sendiri.

Sebarang perubahan hendaklah dibuat semasa tarikh pendaftaran dibukakan kepada pihak urusetia. Jika ada kesilapan/perubahan selepasnya tidak akan dilayan.

 

HAL-HAL LAIN

Pihak penganjur dan ahli-ahli yang dilantik tidak akan bertanggungjawab dan tidak akan terikat dengan mana-mana tuntutan sekiranya terjadi sebarang kemalangan atau kecederaan kepada peserta sebelum, semasa dan selepas larian.

Pihak penganjur berhak mengubahsuai atau menukar mana-mana peraturan dan acara ini dari semasa ke semasa.

Pihak penganjur memohon kerjasama para peserta supaya mematuhi arahan-arahan dan nasihat yang ditetapkan oleh pihak-pihak yang berkenaan dan yang penting sekali keselamatan semasa melakukan riadah adalah menjadi keutamaan.

Semasa acara berlangsung dinasihatkan kepada peserta agar akan dapat mengenakan pakaian sukan yang bersesuaian.

Sebarang perubahan dan maklumat terkini akan dimaklumkan melalui Instagram Rasmi.

Event Location: