Cabaran Bukit Merikan 2021

Cabaran Bukit Merikan 2021

Event Date:

30/05/2021

Event Time:

6:15 am

Event Location:

Kampong Tarab Bau

Tarikh: Ahad, 30 Mei 2021
Tempat: Taman Rekreasi Bukit Merikan, Kampong Tarap Bau, Bandar Seri Begawan

KODKATEGORIJARAKHADIAH
ALELAKI TERBUKA 18 TAHUN KE-ATAS3km1-5
BWANITA TERBUKA 18 TAHUN KE-ATAS3km1-5
CBERPASUKAN 2 LELAKI 1 WANITA3km1-3

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

  • Terbuka kepada semua rakyat dan penduduk tetap di Negara Brunei Darussalam serta warga asing memegang Kad Pintar (Kad Pengenalan) berwarna Ungu dan Hijau yang bekerja dan bermastautin di Negara ini.
  • Setiap peserta hanya dibenarkan menyertai satu (1) kategori sahaja.
  • Peserta bawah umur 17 Tahun ke bawah hendaklah mendapat kebenaran daripada Ibubapa / Penjaga secara bertulis dengan mengisi borang yang telah disediakan.

PENDAFTARAN

  • Pendaftaran akan dibukakan secara dalam talian melalui: bruticket.com
  • Tarikh pendaftaran / pembayaran bermula 25 Mac 2021 ( Hari Khamis ) sehingga 25 April  2021 ( Hari Ahad)  Jam 12.00tengah malam.
  • Bayaran penyertaan adalah berjumlah B$40.00 (Empat Puluh Ringgit sahaja). Bagi Kategori Berpasukan 2 orang Lelaki dan Seorang Wanita.
  • Bayaran penyertaan bagi acara individu berjumlah: $30.00 (Tiga Puluh Ringgit Sahaja).
  • Peserta yang mendaftar akan mendapat Baju Tee, Nom.BIB dan Finisher Medal.

PEMBAHAGIAN BAJU DAN NOM. BIB

  • Baju T dan Nom.BIB akan diambil pada 21hb Mei 2021 (hari Juma’at) dan 22hb Mei 2021 (hari Sabtu)
  • Tempat mengambil di Stadium Negara Hassanal Bolkiah Berakas.
  • Waktu mengambil dari jam 09.00 pagi hingga 12.00 tengahari Dan 02.00 petang hingga 04.00 petang.
  • Bagi peserta yang tidak mengambil baju larian mereka dalam masa 2 minggu selepas acara diadakan akan menjadi hak milik penganjur.

HADIAH KEMENANGAN

  • Bagi Kategori berpasukan 2 Lelaki Seorang Wanita:
  1. Tempat Pertama – Wang Tunai $300.00 Pingat dan Sijil Penyertaan
  2. Tempat Kedua    – Wang Tunai $200.00 Pingat dan Sijil Penyertaan
  3. Tempat Ketiga    – Wang Tunai $100.00 Pingat dan Sijil Penyertaan
  • Bagi Kategori individu Lelaki dan Wanita:
  1. Tempat Pertama – Wang Tunai $150.00 Pingat dan Sijil Penyertaan
  2. Tempat Kedua  –   Wang Tunai $120.00 Pingat dan Sijil Penyertaan
  3. Tempat Ketiga –      Wang Tunai $100.00 Pingat dan Sijil Penyertan
  4. Tempat Ke-empat – Wang Tunai $50.00 Pingat dan Sijil Penyertaan
  5. Tempat Ke-lima  –   Wang Tunai $50.00 Pingat dan Sijil Penyertaan
  6. Tempat Ke-enam –   Wang Tunai $50.00 Pingat dan Sijil Penyertan

PERATURAN AM

  • Semua peserta di kehendaki memakai nombor ‘BIB’ yang di sediakan oleh penganjur.
  • Bagi Acara Berpasukan mestilah terdiri dari 2 orang Lelaki dan seorang wanita. Pelari wanita mesti menjadi pelari K-3 (Last Runner)
  • Penyertaan bagi acara Berpasukan adalah terhad kepada 30 pasukan sahaja,jika penyertaan telah sampai kepada had penyertaan, maka pendaftaran dalam talian dengan sendirinya akan ditutup bagi kategori tersebut.
  • Semua Peserta tidak di benarkan menyertai 2 kategori.
  • Perkara – perkara berbangkit yang tidak terkandung dalam syarat dan peraturan acara ini akan dirujuk kepada pihak Penganjur dan segala keputusan yang dibuat adalah sah dan muktamad.
  • Sebarang perubahan hendaklah dibuat semasa tarikh pendaftaran dibukakan kepada pihak urusetia jika ada kesilapan/perubahan selepasnya tidak akan dilayan.
  • Setiap bantahan hendaklah disertakan dengan wang tunai BND$200.00 dengan mengisikan borang yang disediakan oleh Persekutuan Olahraga Brunei Darussalam (BDAF) sebelum pemenang diumumkan.

HAL-HAL LAIN

  • Pihak Penganjur dan ahli-ahli yang dilantik tidak akan bertanggungjawab dan tidak akan terikat dengan mana-mana tuntutan sekiranya terjadi sebarang kemalangan atau kecederaan yang terjadi kepada peserta sebelum semasa dan selepas larian.
  • Pihak Penganjur berhak mengubahsuai atau menukar mana-mana peraturan dan acara ini dari semasa ke semasa.
  • Semasa acara berlangsung dinasihatkan kepada peserta agar akan dapat memakai pakaian sukan yang bersesuaian.
  • Sebarang pembatalan penyertaan adalah tidak benarkan dan wang pendaftaran  tidak akan dikembalikan.